Daisypath Anniversary tickers

Friday 22 June 2012

Cik P Muncul Suda...

pagi ni, bangun je dari tido...sesuatu yang aku tak nak ade..tibe2 muncul...ia adalah cik P...no no...i dont want this...hmmm...sedih tp tak de lah sampai tahap sampai menangis pon...aku kne kuat...mesti kuat.

dengan munculnya cik P ni...maknanye iui yang pertama aku ari tu FAIL.untuk buat iui yang ke dua pada bulan september akan datang....lamanye....hmmm....sabar je la..allah lebuh tahu segalanya...mungkin dia dah merancang yg terbaik untuk kami...


Thursday 7 June 2012

1ST Time IUI Ku...

hari ini aku tak keje...duduk rumah je sebab semalam aku baru selesai IUI proses.1st time aku buat IUI.IUI ni tak de lah sakit pon....OK je la.harapan aku untuk IUI first time ni...aku hanya tawakal kepada ALLAH.tak nak excited sangat la....sebab masa scan telur b4 IUI semalam...telur aku masih tak pecah lagi walaupun da kene suntik.doktor kate telor besar tapi belum pecah....masa tu aku tawakal dan berdoa je lah....semoga IUI aku ni success.pas tu suami di panggil untuk keluarkan sperm dan sperm akan di sterile.after 1 hour tunggu...nama aku di panggil untuk di  IUI .dup dap dup dap....masuk bilik tu aku kene kangkang macam org nak bersalin.lepas da ready semua...doktor pon masuk....sekali lagi doktor lelaki yang buat....tapi dah rase tak malu dah...bukan ape..awal2 masuk niat memangg nak buat rawatan.satu lagi dugaan aku....doktor susah nak cari jalin atau tiub untuk di suntik kan sperma husband aku tadi.YA ALLAH PERMUDAHKAN LAH HAMBAMU INI UNTUK MEMILIKI ZURIAT..doktor  banyak kali cuba untuk mencari jalan ke tiub....setelah beberapa kali mencuba...akhirnya boleh juga sperma di suntik ke rahim aku...
lepas da settle proses tu,aku kene baring mengiring selama setengah jam untuk berehat...dan doktor suruh buat upt selepas 12 hari after IUI ni...

Tuesday 5 June 2012

TVS D12 & IUI pertama kali...

hari ini hari yang agak membuatkan mood aku tak berapa nak best sebab asik fikirkan IUI aku yang pertama esok.kejap aku rasa mengharap iui ni berjaya...kejap pulak rasa macam malas langsung nak berharap.takut kecewa.semalam aku scan telur untuk CD12.hasilnya ade 2 biji telur bersaiz 18mm & 17mm.sebelum nak jumpe 2 biji telur tu...doktor kata "saya tak nampaklah telur awak...".masa tu aku dah selawat banyak2 dan berdoa semoga ada telur yg besar.godeh punya gadeh akhirnya...ada 2 biji telur.tp doktor kata saiz tu sepatutnya lagi besar.normal telur ada lah 20-23mm."ya allah ya tuhankan...permudahkan lah untuk aku mendapat zuriat ya Allah..."
malam semalam aku di suntik dengan puregon 5000 iu untuk pecahkan telur.rabu ni on 6/6/12 akan proceed iui.aku tak nak mengharap sangat berjaya tapi aku akan sentiasa berdoa...supaya Allah dapat perkenankan impian  aku suami isteri untuk menjadi ummi & abi...